Geologi dan pemineralan emas di kawasan Sungai Tarom, Setiu, Terengganu
Nor Hazlijah Sukri.
- 2007
- 37p. ill. 30cm
Includes bibliographical references
Kajian lombong emas di negeri Terengganu ini tertumpu di Sungai Tarom. Kajian memberi penekanan kepada geologi kawasan dan pemineralan emas bagi emas primer mahupun sekunder. Secara keseluruhannya litologi kawasan adalah batuan metasedimen berumur Karbon atau Karbon ke Akhir Perm. Proses pengenapan sedimen pada Karbon adalah dalam lingkungan laut cetek diikuti fasa metamorfisme rantau bergred rendah pada Akhir Perm atau Trias Awal dan Trias Lewat apabila berlakunya orogeni Perm dan proses pengangkutan di Jalur Timur.