Pemetaan geologi terain kawasan Ranchan, Serian telah dijalankan pada tahun 2002 meliputi keluasan kawasan 24km2. Objektif pemetaan geologi terain ialah untuk menghasilakan set peta-peta tematik geologi terain, menyediakan data asas geobencana dan memberi panduan kepada pelan pembangunan di kawasan kajian. Kawasan ini secara amnya dilitupi oleh batuan volkanik dan Formasi Sadong. Fisiografi kawasan didapati telah mengalami penggondolan tanah akibat aktiviti pertanian yang berleluasa.